Friday 14 October 2011

REFLEKSI BAHASA PENGATURCARAAN 1 - MISS NUZULLA

Alhamdulillah, saya dapat belajar ilmu baru berkaitan pemprograman komputer di UTM Space, Johor Bahru. Dalam kuliah tersebut, saya telah diajar tentang definisi aturcara komputer, generasi bahasa pengaturcaraan, jenis pengaturcaraan dan mengenalpasti contoh-contoh bahasa pengaturcaraan yang utama seperti Basic, FOTRAN dan PASCAL.
Pada mulanya agak pening juga hendak belajar membuat carta alir dan kod pseudo untuk membina sebuah aturcara. Setelah diberi asignment, saya mula mengulangkaji apa yang telah diajar oleh puan nuzulla. Walaupun masih samar-samar, saya mula memahami bahawa sebuah program atau aturcara komputer bertujuan untuk mengarahkan komputer untuk menyelesaikan masalah yang merujuk kepada input mentah yang akan diproses oleh komputer langkah demi langkah seperti algoritma.
Seperti yang kita tahu, pengaturcaraan komputer merupakan proses rekabentuk atau menghasilkan program yang melibatkan beberapa fasa atau langkah kerja yang tertentu. Bahasa C atau C++ mempunyai kebaikan dan kelemahan. Minggu depan adakuiz.... Adakah anda sudah bersedia? hihihi

Saturday 3 September 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

SALAM SEMUA... KAMI BUDAK BARU BELAJAR... SILA LAYARI HTTP://RIDZIE.WAPATH.COM UNTUK MAKLUMAT LANJUT...